Tabiat Mat Rempit Meraba D4d4 Penunggang Motosikal Cetus Kerisauan Wanita


Hahah. Cam kelakar kalau tengok tajuk dia. Tapi begitulah hakikatnya. Kejadian berlaku di Kuala Terengganu.

Seorang lelaki dipercayai mat rempit ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis yang sedang menunggang motosikal, dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, Rabu lalu. Menurut sumber, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi itu, suspek difahamkan mengekori mangsa, 20-an, yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersendirian, sebelum bertindak mencabul mangsa.

“Suspek dipercayai mengekori dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa. Tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada mangsa menyebabkan mangsa tergamam sebelum bertindak berani mengejar suspek meskipun dalam keadaan masih terkejut,” katanya.

Kata sumber, tindakan mangsa mengejar suspek membuahkan hasil apabila dia berjaya mencatat nombor pendaftaran motosikal suspek.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis. Susulan laporan dan nombor pendaftaran motosikal yang dicatat, suspek ditangkap lima hari selepas kejadian (kelmarin),” katanya.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

p/s: Kau memang dasar lelaki horny tahap dasat punya encik pencabul. Atas moto pun jadik?? Kau hebat! NAh belanja gambaq Rossi bawak makcik pegi pasar..

0 Response to "Tabiat Mat Rempit Meraba D4d4 Penunggang Motosikal Cetus Kerisauan Wanita"

Post a Comment