Fazura bangga selfie dengan anjing Lepas ni selfie dengan babi pulak ye



Dalam banyak-banyak binatang, kenapalah binatang tu jugak yang Fazura nak berselfie.. Walaupun, tak berlaku sebarang sentuhan antara bintang tu.. Tapi, gambar tu memang akan jadi kontroversi panas buat peminatnya..

Menerusi laman Instagram Fazura, dia telah memuatnaik gambar selfie bersama seekor anjing.. Tapi tak ada sebarang sentuhan yang berlaku antara binatang tu dengan Fazura.. Macam tak biasa, tak ada sentuhan ke, ada sentuhan ke, dah jadi artis confirm kena kutuk punya lah! Fazura dapat kecaman hebat dari keyboard warrior..

Soalan pertama terlintas kat fikiran Miss A, salah ke? Iya, memang Miss A tak nafikan, tak ada salah langsung.. Tapi kenapa anjing jugak yang nak dijadikan binatang berselfie? Banyak lagi binatang lain, yang boleh Fazura selfie..

Dah besar kan, takkan tak boleh fikir.. Diri tu artis yang dikenali, muatnaik gambar-gambar macam ni, memang akan jadi kontroversi la.. Haa.. Fazura muatnaik gambar berselfie bersama kambing peminat tak ada kutuk pun kan?

Secara jujurnya, buat artis-artis yang nama dah terkenal tu, dah tahu setiap gerak-geri diperhatikan.. Kalau boleh nak muatnaik apa-apa gambar kat Instagram tu, fikirlah seribu kali dulu.. Dah rasa gambar tu boleh timbulkan kontroversi, lebih baik tak payah muatnaik.. Senang cerita.. Miss A/UtaraNews.com

0 Response to "Fazura bangga selfie dengan anjing Lepas ni selfie dengan babi pulak ye"

Post a Comment