Ini Adalah Teknik Licik Menipu Disaat Menjelang Syawal


Assalam. Benda ini berlaku pada hari pertama puasa.


Mula-mula nak biarkan je tapi bila fikir-fikir balik, berapa ramai yang telah dan akan menjadi mangsa? Jadi aku kongsi je lah. Bukan nak mengaibkan tetapi untuk jadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati.


Tengah buat kerja dengan staf di Extra Cheras, datang seorang mamat ini tanya pasal under garment. Okay, dah tunjuk semua, sambung buat kerja. Alih-alih dia datang balik dan nak tanya pendapat. Bermulalah cerita-cerita tentang kereta BMW X6 dia kena pecah semasa buat check up di HUKM.


Semua barang kena curi termasuk wallet. Dia kerja di Dubai dan belum lama transfer ke Malaysia sebab projek di Singapura.


Aku ni yang kononnya tak nak buruk sangka sebab hari pertama puasa. Takkan dia tipu aku, lagi-lagi dengan nama Syed Abdullah pun dengarlah. Tak terlintas pun ini scam sebab cara dia cakap sangat menyakinkan.


Dia beritahu baru transfer RM5,000 ke akaun kawan sebab wallet dan ATM kad semua hilang. Kawan SMS cakap, dah withdraw tetapi tak boleh datang. Siap tunjuk kat aku SMS tu.


Dia cakap anak tengah sakit di Melaka. Kena balik Melaka juga hari tu. Dia tak minta duit tapi tanya apa solution aku boleh bagi dia untuk selesaikan masalah dia.


End up dia kata dia nak transfer RM5,000 ke akaun aku. So aku tolong withdraw.


So transparent sampai suruh aku buat transfer tu. Siap tunjuk balance baki duit dalam akaun ada RM300,000.00.


Selepas transfer RM5,000 ke akaun. Aku suruh call bank tanya berapa lama nak masuk akaun sebab tak mahu la lama-lama. Kalau dah kredit ke akaun, boleh aku keluarkan dan bagi pada dia, so aku buat kerja aku.


Dia kata ambil masa 2 jam. Selepas dua jam masih tak ada duit itu. Dia start push kata nak balik Melaka. Tanya berapa aku boleh bagi dulu kat dia. Nanti balance bila dia turun KL ambil kereta BMW dia. Start suruh tanya kawan-kawan yang boleh tolong pinjamkan duit nanti bayar balik pakai duit yang kononnya dia kredit dalam akaun aku.


Allah gerakkan hati aku untuk call My Yusman sebab kami ada bisnes kuih raya. Aku tanya Yusman, berapa ada duit dalam akaun. Sampai macam itu sekali aku percayakan mamat ni.


Apa lagi, startlah kena bebel dengan akaun manager a.k.a auditor ni dan aku macam baru sedar 50% benda ini semua betul-betul kena tipu.


Sampai ke hari ini, duit RM5,000 yang konon dia transfer itu tak juga masuk-masuk dalam akaun aku. Bayangkan kalau aku bagi je dulu duit aku atas alasan nanti duit yang dia transfer itu ganti la balik. Tak ke menangis air mata berdarah?


Untuk manusia yang bernama Syed Abdullah, moga Allah limpahkan taufik dan hidayah pada kau. Tenteram dan bahagia ke hidup kau dengan menipu macam ni? Kalau 40 orang, sumpah kau, tak ke jadi kenyataan?


Untuk sahabat-sahabat semua, jangan mudah percaya when it comes to money. Orang boleh manis mulut sampai kena kencing manis tapi kita kena lebih berhati-hati.


Moral of the story, don't easily trust people. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi.


Selamat berpuasa, moga ramadan ini memberi 1000 keberkatan dalam hidup kita. Assalamualaikum.

Ini adalah respon daripada penipu ini kepada mangsa setelah berita mengenai penipuannya tersebar:



0 Response to "Ini Adalah Teknik Licik Menipu Disaat Menjelang Syawal"

Post a Comment