"Buka Kedai Di KLCC, Bukan Semudah Yang Disangkakan" - Mr Tee


Saya baru saja selesai makan tengah hari dengan seorang pelanggan yang berniaga kedai butik di Suria KLCC. Dia mula berniaga di KLCC pada tahun 1998 dan pada masa itu kadar sewa RM12,000 sebulan dengan keluasan kedai 700 kaki persegi.

Hari ini, 2015, kadar sewa naik kepada RM100 per kaki persegi, sama dengan RM70,000 sewa sebulan dengan keluasan 700 kaki persegi. Setiap hari kena buka dan tutup tepat pada masanya. Jika lambat, akan dikenakan denda sebanyak RM300.

Setiap bulan, dia perlu menghantar laporan jualan kepada pihak pengurusan. Jika jualan kedai tidak memberansangkan, apabila tempoh perjanjian sewa tamat, pihak pengurusan KLCC akan menyuruh dia keluar walaupun dia mampu membayar sewa bulanan yang mahal setiap bulan.

Gerai-gerai yang menjual nasi ayam di tingkat dua kawasan Food Court, setiap bulan kadar sewanya ialah RM40,000. Setiap hari, gerai nasi ayam harus menjual 166 pinggan nasi ayam dengan harga RM8.00 sepinggan untuk menampung kadar sewaan sebulan.

Kawan saya juga memberitahu, salah sebuah restoran di KLCC, jumlah pencapaian jualan sebulan boleh mencecah ke RM2 juta dan kadar sewa ialah RM200,000 sebulan. Jika anda ingin membuka kedai di KLCC, anda perlu membayar sewa deposit 4 bulan + 2 bulan.

Contoh:

Dengan kedai keluasan 700 kaki persegi, sewa RM70,000 sebulan x 6 bulan = RM420,000.

Nak berniaga buka kedai di pusat beli belah bukannya mudah kerana terlalu banyak peraturan yang perlu diturut dan kadar sewa yang sangat mahal. Jika kedai anda ingin membuat pengubahsuaian, anda haruslah mendapatkan kontraktor dalam senarai nama panel pilihan pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan.

Setiap kali ingin membuat pengubahsuaian, kontraktor perlu memberikan penerangan selama dua jam agar faham dan jelas dengan peraturan dalam pusat beli-belah. Setiap kali sebelum pengubahsuaian dibuat, bayaran deposit dalam RM15,000 perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Pelanggan saya buka kedainya sejak tahun 1998 dan sehingga ke hari ini 2015 sudah mencapai 17 tahun. Dia sudah membayar jumlah sewa dari RM8 juta.

Saya juga dimaklumkan, jika penyewa adalah jenama yang popular seperti Ralph Laurex, Uniqlo, walaupun kedainya di tingkat bawah, kadar sewa yang dikenakan terhadap mereka tidaklah mahal sangat kerana pihak pengurusan perlukan mereka untuk menarik pelanggan dan juga kedai mereka mempunyai keluasan lebih 1,000 kaki persegi.

Empat tahun yang lalu, kedai yang menjual roti sedap dan wangi, 'Roti Boy' di KLCC, kadar sewa dah sampai RM70,000 sebulan. Tetapi tidak pasti sama ada sekarang kadar sewanya masih berada di takuk lama.

Itu saja yang ingin saya kongsikan untuk anda belajar sesuatu sebelum membuat keputusan untuk membuka kedai di pusat beli belah bukanlah semudah yang disangkakan. - MR TEE

SUMBER

0 Response to ""Buka Kedai Di KLCC, Bukan Semudah Yang Disangkakan" - Mr Tee"

Post a Comment